GROTESQUE

My Photo
Name:

Nama yang terbit dizaman IRC dengan tag karakter harum, wangi, gurih dan pedas.

Sunday, February 28, 2010

Sejarah ?

Sudah ada satu aliran- selama ini dorman, terkini semakin dominan dalam mencabar daya intelek anak bangsa. Sejarah bangsa Melayu dalam soal ketuanannya, kerajaannya dan kesultanannya ternyata dipersoalkan-wajarkah? Pabila terdapat percanggahan dan bukti ya! pasti wajar! malah perlu ! satu kemestian! Lalu apakah ertinya mempersoalkan sejarah bangsa sendiri? Membatalkan pemalsuan,kemudian meletakkan fakta yang sebenar…dan apa seterusnya? Motif apakah yang disandarkan? Memartabatkan bangsakah? Menuntut kepentingan warisankah? Mencari kemasyhurankah? Apa? Hei semua! Apa? Jawablah dengan amanah!

Amanah? Huh! Panggilan ini supaya bangsa ini tidak terdampar di ”nilai muka”, sebaiknya melihat sebagai cermin pada wajah diri! Kenalilah, dan kenalilah, maka kenalilah sebenarnya dunia ini bergelumang dengan kekotoran sikap, kekotoran adab , kebodohan akhlak yang disyiarkan oleh musuh sebenar, syaitan! Mahupun dari kuffar keparat, atau muslim munafik fasad! Hanyalah rupa dalam masa, wajah yang pasti binasa sampai waktunya. Hey sejarahwan! Merahsiakan kebenaran bangsa itu dayus! Hey perampas warisan! Tuhan butakah atau kamu yang sesat menunggu masa binasa? Hey penglapurceritera! Berhenti dari menokok hal yang tidak cukup ilmu bagimu dan bersandar pada kemungkinan itu dan ini, kalau begitu dan begini.

Lupakah setelah nyawa dicabut? Soalan soalan bagimu, keadilan mutlak. "Siapa ditanya -pasti binasa".

Sunday, February 07, 2010

Kuala Selangor

Kuala Selangor ini. Indah khabar dari rupa lebih tepat dari indah dan bersejarah yang di war-warkan! Masakan tidak? Perihal sejarah … Laman MDKS (hey dol! Kemaskinilah website tu!) menceritakan tentang tempat semadinya “Opu Cendera Burung” di Bukit Hospital…lawatilah… tempat mengangkong! adulahai...Raja dan kerabat buat donno jer ke? Datanglah kesini dan lihat sendiri mercu tanda tempat pelancongan, bangunan rumah Jabatan Hutan di tepi jalan utama, atau quarters JKR lama, lampu jambatannya, bus stand di Bandar Baru atau bekas restoran atas Bukit Malawati semuanya menjadi yang menunjukkan mentaliti bangang! Tah sial mana makan gaji buta !

Disini juga rumput dijalanan kalau ditebas pun tidak disapu! (alam flora hey! banyak pekerja mengular!) Lawati laman herba MDKS disebelah pejabatnya…taman semak! Flyers ,banners dan iklan, terutamanya kalau ditampal oleh agensi kerajaan atau MDKS sendiri…hey! Ada peduli nak turunkan? Nak tunggu aduan ke? Dan di Sungai Selangor ini bot bebas merentangkan jaring melintang sungai! (Maritim ..mana e-mail aduan dalam website korang ha? nak kena talipon dan fax jer ke? Huh!) MAHU INI SEMUANYA DIVIDEOKAN DAN DISIAR DALAM INTERNET?